Rekod yang tak kemas hari ini boleh jadi sebab bank tolak pembiayaan anda esok.
Kami uruskan bookkeeping bulanan anda, bukan sekadar catat masuk dan keluar, tapi disusun dengan cara yang bank sebenarnya nilai. Fokus anda kekal pada bisnes, rekod kami yang jaga.
Jabatan Pembiayaan Perniagaan REF: 88213-SME
TIDAK
BERJAYA
Anda bina bisnes ni sebab anda pandai jual, bukan sebab anda suka buat akaun.
Resit bertimbun. Statement bank berbulan tak disemak. Anda sendiri pun tak pasti cashflow sebenar bulan ni positif atau negatif. Ramai pemilik bisnes hidup dengan ketidakpastian kewangan ni bertahun-tahun sehinggalah satu hari peluang datang (nak besarkan kedai, nak apply pembiayaan) dan rekod yang tak kemas jadi penghalang paling besar.
Cakap Dengan Kami
WhatsApp kami, cerita ringkas pasal bisnes anda seperti jenis operasi, bilangan transaksi sebulan dan keadaan rekod sekarang.
Harga Tetap, Jelas
Anda dapat harga bulanan yang tetap ikut volume transaksi sebenar dan tiada kejutan serta tiada caj tersembunyi.
Rekod Dikemaskini Setiap Bulan
Transaksi direkod, bank direkonsile, laporan dihantar tepat masa supaya rekod anda sentiasa “bank ready” bila-bila peluang datang.
- Kenapa “asyik lambat sebulan dua” sebenarnya tanda amaran besar untuk bank dan bukan sekadar isu kekemasan
- Apa laporan Untung Rugi anda sepatutnya “cakap” pada bank yang kebanyakan bookkeeper tak ambil kira
- Kesilapan kecil dalam rekonsiliasi bank yang buat cashflow anda nampak lemah walaupun sebenarnya sihat
- Kenapa tabiat “record je bila sempat” adalah tabiat paling mahal untuk pemilik SME
- Bezanya rekod yang “cukup untuk cukai” dengan rekod yang “cukup untuk pembiayaan”
Rekod kemas setiap bulan dan bukannya sekali setahun.
Kedua-dua pelan termasuk akses WhatsApp terus dan rekod berasaskan cloud. Operasi lebih besar? Hubungi kami untuk pelan disesuaikan.
BULAN
PERTAMA
Jaminan Bulan Pertama
Kalau dalam bulan pertama anda rasa laporan kami tak membantu anda faham cashflow bisnes dengan lebih jelas berbanding sebelum ini, kami akan revise laporan tersebut sehingga anda faham (tiada caj tambahan).
“Perkhidmatan bookkeeping yang sangat membantu. Rekod kewangan syarikat lebih tersusun dan mudah dirujuk. Kami juga lebih yakin semasa menyediakan dokumen untuk urusan berkaitan audit.”
“Saya tidak lagi perlu menghabiskan masa berjam-jam menyusun resit dan transaksi. Semua rekod disediakan dengan kemas dan profesional. Kini saya boleh fokus kepada operasi dan jualan.”
“Laporan kewangan menjadi lebih teratur dan mudah difahami. Komunikasi sepanjang projek juga sangat baik. Saya pasti akan menggunakan perkhidmatan ini secara berterusan.”
Sebelum Anda Tempah
Statement bank, invois jualan, dan resit perbelanjaan. Kalau rekod anda berselerak atau tak lengkap,tenang…jangan risau, kami bantu susun dari awal dan beritahu apa yang perlu dikumpul.
Boleh. Kami akan semak rekod yang ada, dan bincang cara terbaik untuk kemaskan backlog sebelum bermula dengan pelan bulanan yang konsisten.
Kami boleh kerja dengan sistem sedia ada anda, atau cadangkan platform yang sesuai dengan saiz operasi anda. Kalau anda baru mula, kami bantu setup dari awal.
Ya. Dokumen boleh dihantar secara online dan komunikasi melalui WhatsApp atau panggilan dalam talian. Tiada keperluan jumpa bersemuka.
Bergantung pelan. Termasuk laporan Untung Rugi dan rekonsiliasi bank bulanan. Untuk pelan Growth, turut disertakan laporan cashflow.
Tiada lock-in. Tapi bookkeeping paling berkesan bila dilakukan secara konsisten bulan demi bulan. Bukan sekali setahun semasa musim cukai.
Kami bukan sekadar catat nombor. Latar belakang 20 tahun insider perbankan bermakna rekod anda disusun dengan cara yang juga membantu anda “bank ready” bila-bila peluang pembiayaan muncul di masa depan.
Rekod kemas bulan ini, bisnes lebih yakin bulan depan.
Mula dengan pelan bulanan yang sesuai untuk saiz operasi anda sekarang. Tiada obligasi dan tiada kos tersembunyi.